Carian Blog

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'

Friday, 7 March 2014

Formula Imbuhan Awalan meN-

1.  Imbuhan awalan meN- menjadi me- apabila bergabung  dengan kata dasar yang bermula dengan
      huruf-huruf:
                                   me-    m, n, ny, ng, r, w

2. meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v., dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
                                      mem-   b, p, f

3. meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf:

                                   men-    c, d, j, t, z

4.  meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf:

                                     meng-  a, e, i, o, u, g, h, k
5. meN- menjadi  meny- digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf s

                                      meny-  s

6. Awalan menge- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman, contohnya:

                                mengecat,  mengebom, mengetin, mengelap, mengekod, mengepos



No comments:

Post a Comment