Carian Blog

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'

Wednesday, 19 March 2014

Kata Hubung

Definisi 
Kata hubung ialah  penyambung ayat, frasa, erkataan yang bertugas sebagai penyambung ayat, frasa, dan perkataan.

Terdapat dua jenis kata hubung, iaitu:

i)  Kata Hubung Gabungan                       ii)  Kata Hubung Pancangan

Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan ialah perkataan yang berfungsi menggabungkan ayat yang setara, iaitu kedua-dua ayat merupakan ayat utama.

Contoh:

dan                     atau                    tetapi
sambil                malahan               kemudian
lalu                     serta

Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah perkataan yang menghubungkan ayat-ayat yang tidak setara, iaitu satu ayat utama dengan ayat-ayat kecil yang dipancangkan ke dalam induk.

Contoh:

yang             bahawa          untuk
kerana          supaya           jikalau
ketika           hingga            semasa

Jenis Kata Hubung Pancangan

                    i)   Kata Hubung Pancangan Relatif  
                   ii)   Kata  Hubung Pancangan Komplemen
                  iii)   Kata Hubung Pancangan Keterangan    

Kata Hubung Pancangan Relatif

Kata hubung pancangan relatif, atau ringkasnya kata relatif, berfungsi menghubungakan ayat utama dengan ayat kecil relatif.  Dalam bahasa Melayu, hanya ada satu kata relatif, iaitu yang.

Kata Hubung Pancangan Komplemen

Kata hubung pancangan komplemen atau kata komplemen menghubungkan ayat kecil komplemen (pelengkap ) kepada ayat utama dan ayat induk.  Dua kata komplemen yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah bahawa dan  untuk.

Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung pancangan keterangan, atau kata hubung keterangan  ayat kecil yang menjadi keterangan kepada ayat utama.

Contoh:

               ketika             kalau               supaya
               hingga             apabila            tatkala
               semoga           sekiranya        walaupun







No comments:

Post a Comment