Carian Blog

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'

Wednesday, 16 April 2014

Betulkan ejaan...


Salah                         Betul
1.  guris                      gores
2.  cengkerang          cangkerang
3.  gembeling            gembleng
4.  pelusuk                 pelosok
5.  kemek                   kemik
6.  tosai                     tose
7.  talapia                  tilapia
8.  zohor                    zuhur
9.  riben                     reben
10.manasabah           munasabah

Fahami Maksud Sebenar

1. apa, siapa
  • apa    -   digunakan untuk menanyakan sesuatu benda, hal, kejadian dan binatang
  • siapa  -   digunakan untuk bertanya tentang manusia  

 2. telor, telur
  • telor   -   bererti pelat atau ucapan yang tidak baku
  • telur   -   bererti sel yang akan menjadi lembaga anak atau benda yang mengandungi bakal anak
3. kesal, sesal
  • kesal   -  rasa tidak senang atau kecewa, rasa marah
  • sesal   -  rasa tidak senang akan dosa, insaf
4.  lancung, lancong
  • lancung   -   tidak tulen, tiruan, tidak bersungguh-sungguh, sifat curang
  • lancong   -   melawat untuk bersenang-senang, perjalanan untuk melihat-lihat
5.  merapak, merafak
  • merapak  -  berbunyi riuh-rendah, rancak, berbunyi kuat
  • merafak   -  mengangkat (bahasa istana)
6. pelbagai, berbagai
  • pelbagai  - berbagai-bagai,  beberapa jenis
  • berbagai  - berbanding, bersamaan

Tuesday, 15 April 2014

Kata Kerja


1.   merintih - 1 mengerang atau mengeluh kerana sakit dll: Di dlm bilik itu terbaring seorang tua yg sedang ~ kesakitan. 2 ki melahirkan perasaan sedih atau pilu; mengeluh

2.   mengeluh - melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih

3.   mengenang - mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang)

4.   mengerang -  mengeluh kerana kesakitan
5.   menggeletar - gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll)

6.   menggigil - bergoncang badannya kerana kesejukan

7.   menggelupur - bergerak-gerak dgn kencang kerana menahan sakit

8.   menggelepar - bergerak-gerak memukulkan kepak atau sayap

9.   mengais - 1. mencakar­-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja

10. menguis -  menolak (menepis, menyepak) ke tepi

11. menetap - tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di)

12. menginap -  menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam

13. meringkuk - 1. duduk (tidur dll) me­romok: anaknya tidur ~ di atas lantai; 2. men­­dekam (dlm penjara), terkurung, ter­penjara

14. mendepang - merentang (meng­hulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri

15. melibas -  1. menyebat (dgn rotan dll), melebas; 2. menipu, memperdayakan; melibaskan menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat)

16. mengibas - 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas

17. mengipas - 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu

18. menghentam - 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, mem­bidas, mengecam

19. menyebat - 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi, dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat; 2. bp mengambil sesuatu tanpa kebenaran, mencuri, menye-robot

20. membida - menawarkan harga tertentu utk sesuatu (kontrak, kerja dsb)



Kekeliruan "antara" dan "di antara"

Kata sendi nama antara berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak.

Contoh dalam ayat
1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak.
2. Perlawanan antara pasukan A dengan pasukan B begitu sengit.
3. Yang manakah pilihan kamu antara mi rebus dengan mi goreng?
4. Surat perjanjian antara kedua-dua pihak itu di dalam pejabat peguam.
5. Acara lari berganti-ganti adalah antara acara olahraga yang diminatinya.


Kata sendi nama antara tidak boleh didahului oleh kata sendi nama di, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak.

Kesilapan yang sering berlaku
1. Kamarul merupakan di antara murid yang dijangka akan memenangi pertandingan itu. (X)
2. Perlawanan hoki di antara pasukan Perak dengan Perlis sedang berlangsung.(X)
3. Perbezaan di antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata. (X)
4. Tidak ada perbezaan di antara pandangan kakak dengan pandangan abang. (X)

Perhatian

Kata sendi nama antara tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan dan, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama dengan.


  • ...antara tarian tradisional dan tarian moden (X)
sepatutnya
  • ...antara tarian tradisional dengan tarian moden

Monday, 14 April 2014

Polisemi

Kata Banyak Makna

1. abai

  • tidak ambil berat
  •  anggapan tidak penting
  • cuai

2. ada

  • memiliki, mempunyai
  • boleh didapati
  • wujud
  • benar
3. adu
  • laga
  • beritahu, lapor
  • tidur (beradu)
  • akan bertanding
4. agak
  • tekaan semata-mata
  • dapat dianggap, boleh dikatakan
5. alamat
  • tanda
  • tempat tinggal
6. ambang
  • waktu sebelum sesuatu kejadian
  • kayu palang antara dua tiang (pada jendela atau pintu)
7. ampai
  • tali yang diregang sebagai tempat menjemur kain
  • lampai
  • sejenis hidupan laut yang badannya berjurai (ubur-ubur)
8. bedal
  • pukul
  • makan hingga habis
  • menentang, mengkritik
9. belenggu
  • gari, alat untuk mengikat
  • kongkongan, dijajah
10. bengkel
  • tempat membaiki kenderaan
  • kilang kecil tempat tukang bekerja
  • mesyuarat atau majlis perbincangan
11. bintang
  • salah satu planet
  • pingat kebesaran
  • orang yang terkenal
  • nasib, untung
12. faedah
  • bunga yang dikenakan oleh bank 
  • berguna, bermanfaat
13. gantung
  • tersangkut
  • bantuan
  • berdasarkan, berpandukan
14. genting
  • atap rumah yang diperbuat daripada sejenis tembikat
  • suasana bahaya, cemas
  • sempit atau kecil di bahagian tengah
15. hangat
  • panas
  • meriah
  • berita yang masih baru
  • masih diperkatakan
  • tegang, genting
16. mereneh
  • mendidih (sup)
  • meleleh air mata
17.  parit
  • alur (salur) untuk mengalirkan air
  • lubang yang panjang dalam tanah (sebagai kubu)
  • terusan air, tali air
  • lubang tempat menggali bijih, lombong
  • alur atau jalur pada kayu
18. mata
  • alat untuk melihat, pancaindera untuk melihat
  • bahagian yang tajam
  • sesuatu yang menyerupai mata
  • sela antara dua senggat (pada kayu pembaris)
  • tujuan
  • tunas pada ubi
  • punca, sumber
  • markah yang diperoleh
  • jenis-jenis (contoh: beratus-ratus mata gulai)
19. labuh, berlabuh
  • turun atau tergantung ke bawah
  • berhenti atau singgah (kapal, perahu)
  • penjodoh bilangan untuk tirai (tirai selabuh)

20.  derap
  • bunyi orang berjalan serentak
  • bunyi letupan bedil




Yang lama usah dilupa...

1. Embun di hujung rumput
    tiada kekal
    Seperti embun di hujung rumput, kegembiraan yang kita alami hari ini belum tentu dapat kita kecapi pada hari esok..

2. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata
    kalau tidak suka, banyak alasannya
    Berbagai-bagai dalih diberikan oleh pekerja  untuk mengelak daripada tugasan itu bak enggan seribu daya,mahu sepatah kata.

3. Laksana pohon kayu tidak berbuah
    ilmu yang tidak diamalkan hanya sia-sia
    Ilmu yang kita ada jangan disia-siakan laksana pohon kayu tiada berbuah.

4. Lalu hangus, surut layu
    keadaan yang serba salah, diperbuat salah tidak diperbuat salah
    Azri seperti lalu hangus, surut layu sama ada mahu mengikut kata ibu atau ayahnya.

5. Bertemu bukit di tepi telaga
    mendapat rezeki
    Hasil usahanya yang tidak putus-putus, akhirnya Lokman bertemu bukit di tepi telaga.

6. Berulas tangan dan lidah
    mendapat bantuan tenaga dan nasihat
    Yazid gembira kerana usahanya untuk menjayakan projek itu berulas tangan dan lidah daripada keluarganya.

7. Bak manik putus tali
    air mata yang bercucuran
    Air mata Amiera tidak dapat dibendung lagi bak manik putus tali setelah menerima perkhabaran itu.

8.  Ayam berinduk, sirih berjunjung
     tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan
     Orang kampung patut membantu Mariam yang hidup serba kekurangan kerana ayam berinduk, sirih berjunjung.

9. Asal ditugal, adalah benih
    sesuatu usaha tentu ada hasilnya
    Kamal percaya usahanya untuk meningkatkan kemajuan dalam perniagaan akan berjaya kerana baginya asal ditugal, adalah benih.

10. Air gadang menghanyutkan
      biasanya orang yang pendiam itu berilmu dan mampu melakukan kerja yang besar-besar
      Walaupun dia begitu pendiam dalam kalangan rakannya, namun jangan disangkakannya bodoh kerana air gadang menghanyutkan.


Sunday, 13 April 2014

Majlis Perasmian Penutupan?

Latar pentas bagi sesuatu majlis sangat penting. Namun begitu, kekeliruan sering berlaku kepada petugas yang bertanggungjawab menyempurnakan kain rentang.

Majlis perasmian penutupan atau majlis penutupan rasmi?

Yang tepat ialah;
Majlis Penutupan Rasmi
Majlis Pembukaan Rasmi
Majlis Pelancaran Rasmi

...biasakan yang betul...

Friday, 4 April 2014

Indahnya Bahasaku

suri teladan    -      role model
jerayawara    -      roadshow
latar pentas   -      backdrop
gegantung     -      banting
imej tumpu   -       highlight
parkir           -      parking


Dato' dan Datuk

Penggunaan gelaran Dato' dan Datuk mempunyai perbezaan. Penggunaan gelaran ini tidak boleh bertukar ganti.

Gelaran Dato' dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta sultan-sultan negeri di negara kita.

Gelaran Datuk dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.