Carian Blog

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'

Tuesday, 15 April 2014

Kekeliruan "antara" dan "di antara"

Kata sendi nama antara berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak.

Contoh dalam ayat
1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak.
2. Perlawanan antara pasukan A dengan pasukan B begitu sengit.
3. Yang manakah pilihan kamu antara mi rebus dengan mi goreng?
4. Surat perjanjian antara kedua-dua pihak itu di dalam pejabat peguam.
5. Acara lari berganti-ganti adalah antara acara olahraga yang diminatinya.


Kata sendi nama antara tidak boleh didahului oleh kata sendi nama di, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak.

Kesilapan yang sering berlaku
1. Kamarul merupakan di antara murid yang dijangka akan memenangi pertandingan itu. (X)
2. Perlawanan hoki di antara pasukan Perak dengan Perlis sedang berlangsung.(X)
3. Perbezaan di antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata. (X)
4. Tidak ada perbezaan di antara pandangan kakak dengan pandangan abang. (X)

Perhatian

Kata sendi nama antara tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan dan, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama dengan.


  • ...antara tarian tradisional dan tarian moden (X)
sepatutnya
  • ...antara tarian tradisional dengan tarian moden

No comments:

Post a Comment