Carian Blog

Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.

Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'

Monday, 14 April 2014

Yang lama usah dilupa...

1. Embun di hujung rumput
    tiada kekal
    Seperti embun di hujung rumput, kegembiraan yang kita alami hari ini belum tentu dapat kita kecapi pada hari esok..

2. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata
    kalau tidak suka, banyak alasannya
    Berbagai-bagai dalih diberikan oleh pekerja  untuk mengelak daripada tugasan itu bak enggan seribu daya,mahu sepatah kata.

3. Laksana pohon kayu tidak berbuah
    ilmu yang tidak diamalkan hanya sia-sia
    Ilmu yang kita ada jangan disia-siakan laksana pohon kayu tiada berbuah.

4. Lalu hangus, surut layu
    keadaan yang serba salah, diperbuat salah tidak diperbuat salah
    Azri seperti lalu hangus, surut layu sama ada mahu mengikut kata ibu atau ayahnya.

5. Bertemu bukit di tepi telaga
    mendapat rezeki
    Hasil usahanya yang tidak putus-putus, akhirnya Lokman bertemu bukit di tepi telaga.

6. Berulas tangan dan lidah
    mendapat bantuan tenaga dan nasihat
    Yazid gembira kerana usahanya untuk menjayakan projek itu berulas tangan dan lidah daripada keluarganya.

7. Bak manik putus tali
    air mata yang bercucuran
    Air mata Amiera tidak dapat dibendung lagi bak manik putus tali setelah menerima perkhabaran itu.

8.  Ayam berinduk, sirih berjunjung
     tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan
     Orang kampung patut membantu Mariam yang hidup serba kekurangan kerana ayam berinduk, sirih berjunjung.

9. Asal ditugal, adalah benih
    sesuatu usaha tentu ada hasilnya
    Kamal percaya usahanya untuk meningkatkan kemajuan dalam perniagaan akan berjaya kerana baginya asal ditugal, adalah benih.

10. Air gadang menghanyutkan
      biasanya orang yang pendiam itu berilmu dan mampu melakukan kerja yang besar-besar
      Walaupun dia begitu pendiam dalam kalangan rakannya, namun jangan disangkakannya bodoh kerana air gadang menghanyutkan.


No comments:

Post a Comment