Burung tempua terbangnya rendah, Hinggap sebentar di dahan sena; Bahasa Melayu bahasa yang indah, Terungkap kata seribu makna.
Carian Blog
Melompat-lompat si anak rusa,
Melihat kelekatu di dalam paya;
Marilah mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu ke puncak jaya.
Sekiranya anda suka blog ini, sila klik 'like'
Tuesday, 7 October 2014
Monday, 22 September 2014
Sunday, 24 August 2014
Monday, 18 August 2014
Monday, 21 July 2014
Saturday, 19 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Sunday, 29 June 2014
Friday, 27 June 2014
Achi Achi Buka Pintu
Kenal pasti kesilapan ejaan
Wednesday, 25 June 2014
Monday, 23 June 2014
Kata Ganda dan Perkataan Berimbuhan 'ber...an"
Terdapat perkataan berimbuhan "ber...an" yang membawa maksud jamak (banyak). Oleh itu, tidak boleh hadir perkataan berganda yang bermaksud jamak.
1. monyet-monyet bergayutan ( X )
2. daun-daun berguguran ( X )
3. lembu-lembu berkeliaran ( X )
4. belon-belon bergantungan ( X )
5. kertas-kertas bertaburan ( X )
Biasakan yang betul...
1. monyet bergayutan
2. daun berguguran
3. lembu berkeliaran
4. belon bergantungan
5. kertas bertaburan
1. monyet-monyet bergayutan ( X )
2. daun-daun berguguran ( X )
3. lembu-lembu berkeliaran ( X )
4. belon-belon bergantungan ( X )
5. kertas-kertas bertaburan ( X )
Biasakan yang betul...
1. monyet bergayutan
2. daun berguguran
3. lembu berkeliaran
4. belon bergantungan
5. kertas bertaburan
Saturday, 14 June 2014
Saturday, 3 May 2014
Thursday, 1 May 2014
Kata Kerja Aktif (Transitif dan Tak Transitif)
Kata kerja aktif transitif digunakan untuk membentuk ayat aktif.
Kata kerja ini mesti disertai benda atau objek, atau disebut penyambut.
Arief membuka pintu.
Kamal menendang bola.
Kata kerja ini mesti disertai benda atau objek, atau disebut penyambut.
Arief membuka pintu.
Kamal menendang bola.
- membuka, menendang - kata kerja aktif transitif
Kata kerja aktif tak transitif
Kata kerja ini tidak perlu disertai benda atau objek.
- Mereka duduk.
- Burung terbang.
- Katak melompat.
- Monyet bergayut.
Kata kerja aktif tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan beR-, meN-,dan teR-
Wednesday, 16 April 2014
Betulkan ejaan...
Salah Betul
1. guris gores
2. cengkerang cangkerang
3. gembeling gembleng
4. pelusuk pelosok
5. kemek kemik
6. tosai tose
7. talapia tilapia
8. zohor zuhur
9. riben reben
10.manasabah munasabah
Fahami Maksud Sebenar
1. apa, siapa
2. telor, telur
- apa - digunakan untuk menanyakan sesuatu benda, hal, kejadian dan binatang
- siapa - digunakan untuk bertanya tentang manusia
2. telor, telur
- telor - bererti pelat atau ucapan yang tidak baku
- telur - bererti sel yang akan menjadi lembaga anak atau benda yang mengandungi bakal anak
3. kesal, sesal
- kesal - rasa tidak senang atau kecewa, rasa marah
- sesal - rasa tidak senang akan dosa, insaf
4. lancung, lancong
- lancung - tidak tulen, tiruan, tidak bersungguh-sungguh, sifat curang
- lancong - melawat untuk bersenang-senang, perjalanan untuk melihat-lihat
5. merapak, merafak
- merapak - berbunyi riuh-rendah, rancak, berbunyi kuat
- merafak - mengangkat (bahasa istana)
6. pelbagai, berbagai
- pelbagai - berbagai-bagai, beberapa jenis
- berbagai - berbanding, bersamaan
Tuesday, 15 April 2014
Kata Kerja
1. merintih - 1 mengerang atau mengeluh kerana sakit dll: Di dlm bilik itu terbaring seorang tua yg sedang ~ kesakitan. 2 ki melahirkan perasaan sedih atau pilu; mengeluh
2. mengeluh - melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih
3. mengenang - mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang)
4. mengerang - mengeluh kerana kesakitan
5. menggeletar - gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll)
6. menggigil - bergoncang badannya kerana kesejukan
7. menggelupur - bergerak-gerak dgn kencang kerana menahan sakit
8. menggelepar - bergerak-gerak memukulkan kepak atau sayap
9. mengais - 1. mencakar-cakar atau mengorek-ngorek tanah (spt ayam yg mencari makanan), menggaru tanah (pasir): hujung kakinya mengais-ngais tanah; 2. ki mencari rezeki dgn susah payah; ibarat ayam, tiada ~ tiada makan prb perihal orang miskin yg tiada makan kalau tidak bekerja
10. menguis - menolak (menepis, menyepak) ke tepi
11. menetap - tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di)
12. menginap - menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam; penginapan 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam
13. meringkuk - 1. duduk (tidur dll) meromok: anaknya tidur ~ di atas lantai; 2. mendekam (dlm penjara), terkurung, terpenjara
14. mendepang - merentang (menghulurkan lurus-lurus) kedua-dua belah tangan ke kanan dan ke kiri
15. melibas - 1. menyebat (dgn rotan dll), melebas; 2. menipu, memperdayakan; melibaskan menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat)
16. mengibas - 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas
17. mengipas - 1 mengenakan angin pd sesuatu dgn menggerak-gerakkan kipas: Dia ~ badannya kerana kepanasan. 2 ki memuji(-muji) dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu; mengampu
18. menghentam - 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, membidas, mengecam
19. menyebat - 1. memukul dgn benda yg halus dan lentur (rotan, lidi, dll), merotan: orang salah itu bukan sahaja boleh dipenjarakan, tetapi juga boleh disebat; 2. bp mengambil sesuatu tanpa kebenaran, mencuri, menye-robot
20. membida - menawarkan harga tertentu utk sesuatu (kontrak, kerja dsb)
Kekeliruan "antara" dan "di antara"
Kata sendi nama antara berfungsi sebagai kata yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak.
Contoh dalam ayat
1. Inilah keputusan yang telah disetujui antara dua pihak.
2. Perlawanan antara pasukan A dengan pasukan B begitu sengit.
3. Yang manakah pilihan kamu antara mi rebus dengan mi goreng?
4. Surat perjanjian antara kedua-dua pihak itu di dalam pejabat peguam.
5. Acara lari berganti-ganti adalah antara acara olahraga yang diminatinya.
Kata sendi nama antara tidak boleh didahului oleh kata sendi nama di, kecuali yang membawa pengertian lingkungan yang mempunyai jarak.
Kesilapan yang sering berlaku
1. Kamarul merupakan di antara murid yang dijangka akan memenangi pertandingan itu. (X)
2. Perlawanan hoki di antara pasukan Perak dengan Perlis sedang berlangsung.(X)
3. Perbezaan di antara perubatan tradisional dengan perubatan moden sangat nyata. (X)
4. Tidak ada perbezaan di antara pandangan kakak dengan pandangan abang. (X)
Perhatian
Kata sendi nama antara tidak boleh berpadanan dengan kata hubung gabungan dan, sebaliknya berpadanan dengan kata sendi nama dengan.

- ...antara tarian tradisional dan tarian moden (X)
sepatutnya
- ...antara tarian tradisional dengan tarian moden
Monday, 14 April 2014
Polisemi
Kata Banyak Makna
1. abai
2. ada
1. abai
- tidak ambil berat
- anggapan tidak penting
- cuai
2. ada
- memiliki, mempunyai
- boleh didapati
- wujud
- benar
3. adu
- laga
- beritahu, lapor
- tidur (beradu)
- akan bertanding
4. agak
- tekaan semata-mata
- dapat dianggap, boleh dikatakan
5. alamat
- tanda
- tempat tinggal
6. ambang
- waktu sebelum sesuatu kejadian
- kayu palang antara dua tiang (pada jendela atau pintu)
7. ampai
- tali yang diregang sebagai tempat menjemur kain
- lampai
- sejenis hidupan laut yang badannya berjurai (ubur-ubur)
8. bedal
- pukul
- makan hingga habis
- menentang, mengkritik
9. belenggu
- gari, alat untuk mengikat
- kongkongan, dijajah
10. bengkel
- tempat membaiki kenderaan
- kilang kecil tempat tukang bekerja
- mesyuarat atau majlis perbincangan
11. bintang
- salah satu planet
- pingat kebesaran
- orang yang terkenal
- nasib, untung
12. faedah
- bunga yang dikenakan oleh bank
- berguna, bermanfaat
13. gantung
- tersangkut
- bantuan
- berdasarkan, berpandukan
14. genting
- atap rumah yang diperbuat daripada sejenis tembikat
- suasana bahaya, cemas
- sempit atau kecil di bahagian tengah
15. hangat
- panas
- meriah
- berita yang masih baru
- masih diperkatakan
- tegang, genting
16. mereneh
- mendidih (sup)
- meleleh air mata
17. parit
- alur (salur) untuk mengalirkan air
- lubang yang panjang dalam tanah (sebagai kubu)
- terusan air, tali air
- lubang tempat menggali bijih, lombong
- alur atau jalur pada kayu
18. mata
- alat untuk melihat, pancaindera untuk melihat
- bahagian yang tajam
- sesuatu yang menyerupai mata
- sela antara dua senggat (pada kayu pembaris)
- tujuan
- tunas pada ubi
- punca, sumber
- markah yang diperoleh
- jenis-jenis (contoh: beratus-ratus mata gulai)
19. labuh, berlabuh
- turun atau tergantung ke bawah
- berhenti atau singgah (kapal, perahu)
- penjodoh bilangan untuk tirai (tirai selabuh)
20. derap
- bunyi orang berjalan serentak
- bunyi letupan bedil
Yang lama usah dilupa...
1. Embun di hujung rumput
tiada kekal
Seperti embun di hujung rumput, kegembiraan yang kita alami hari ini belum tentu dapat kita kecapi pada hari esok..
2. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata
kalau tidak suka, banyak alasannya
Berbagai-bagai dalih diberikan oleh pekerja untuk mengelak daripada tugasan itu bak enggan seribu daya,mahu sepatah kata.
3. Laksana pohon kayu tidak berbuah
ilmu yang tidak diamalkan hanya sia-sia
Ilmu yang kita ada jangan disia-siakan laksana pohon kayu tiada berbuah.
4. Lalu hangus, surut layu
keadaan yang serba salah, diperbuat salah tidak diperbuat salah
Azri seperti lalu hangus, surut layu sama ada mahu mengikut kata ibu atau ayahnya.
5. Bertemu bukit di tepi telaga
mendapat rezeki
Hasil usahanya yang tidak putus-putus, akhirnya Lokman bertemu bukit di tepi telaga.
6. Berulas tangan dan lidah
mendapat bantuan tenaga dan nasihat
Yazid gembira kerana usahanya untuk menjayakan projek itu berulas tangan dan lidah daripada keluarganya.
7. Bak manik putus tali
air mata yang bercucuran
Air mata Amiera tidak dapat dibendung lagi bak manik putus tali setelah menerima perkhabaran itu.
8. Ayam berinduk, sirih berjunjung
tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan
Orang kampung patut membantu Mariam yang hidup serba kekurangan kerana ayam berinduk, sirih berjunjung.
9. Asal ditugal, adalah benih
sesuatu usaha tentu ada hasilnya
Kamal percaya usahanya untuk meningkatkan kemajuan dalam perniagaan akan berjaya kerana baginya asal ditugal, adalah benih.
10. Air gadang menghanyutkan
biasanya orang yang pendiam itu berilmu dan mampu melakukan kerja yang besar-besar
Walaupun dia begitu pendiam dalam kalangan rakannya, namun jangan disangkakannya bodoh kerana air gadang menghanyutkan.

Sunday, 13 April 2014
Majlis Perasmian Penutupan?
Latar pentas bagi sesuatu majlis sangat penting. Namun begitu, kekeliruan sering berlaku kepada petugas yang bertanggungjawab menyempurnakan kain rentang.
Majlis perasmian penutupan atau majlis penutupan rasmi?
Yang tepat ialah;
Majlis Penutupan Rasmi
Majlis Pembukaan Rasmi
Majlis Pelancaran Rasmi
...biasakan yang betul...
Majlis perasmian penutupan atau majlis penutupan rasmi?
Yang tepat ialah;
Majlis Penutupan Rasmi
Majlis Pembukaan Rasmi
Majlis Pelancaran Rasmi
...biasakan yang betul...
Friday, 4 April 2014
Indahnya Bahasaku
suri teladan - role model
jerayawara - roadshow
latar pentas - backdrop
gegantung - banting
imej tumpu - highlight
parkir - parking
jerayawara - roadshow
latar pentas - backdrop
gegantung - banting
imej tumpu - highlight
parkir - parking
Dato' dan Datuk
Penggunaan gelaran Dato' dan Datuk mempunyai perbezaan. Penggunaan gelaran ini tidak boleh bertukar ganti.
Gelaran Dato' dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta sultan-sultan negeri di negara kita.
Gelaran Datuk dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah.

Wednesday, 26 March 2014
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk mendapatkan bahan PdP, anda boleh layari laman sesawang https://onedrive.live.com/
Tuesday, 25 March 2014
Penggunaan perkataan menemui dan menemukan
1. Perkataan menemui bermaksud berjumpa, bersua atau bertemu dengan seseorang.
Contoh dalam ayat:
Pemuda itu telah menemui orang yang dicari-carinya.
2. Perkataan menemui bermaksud pergi berjumpa dengan, menziarahi dengan atau melawati.
Contohnya:
Saya pulang ke kampung untuk menemui kaum keluarga.
3. Selain itu, menemui dalam konteks menemui ajal bermaksud meninggal dunia.
i) Perkataan menemukan bermaksud mendapat atau mencipta sesuatu yang baharu.
Pakar-pakar perubatan telah menemukan kaedah mengubati penyakit itu.
ii) Menemukan bermaksud memperoleh sesuatu yang dicari.
Pihak polis telah menemukan kenderaan yang digunakan oleh penjenayah itu di sebuah ladang kelapa sawit.
Aiman telah menemukan dompet di makmal komputer.

Monday, 24 March 2014
Apitan memper...i
Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper...i , seperti memperolehi, memperbaiki , memperhalusi, memperdalami, memperakui, memperkuasai dan mempersetujui, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas.
Kata dasar bentuk terbitan ini seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan meN...i atau apitan memper...kan.
memperolehi seharusnya memperoleh
memperbaiki seharusnya membaiki
memperkuasai seharusnya menguasai
memperdalami seharusnya mendalami
memperakui seharusnya mengakui /
memperakukan
mempersetujui seharusnya menyetujui
memperhalusi seharusnya menghalusi

Thursday, 20 March 2014
Kasih Sayang
Kasih sayang terlalu indah untuk dikenang...
Layari video ini...
https://www.youtube.com/watch?v=f1GCs1qT1n0&feature=youtube
Wednesday, 19 March 2014
Kata Hubung
Definisi
Kata hubung ialah penyambung ayat, frasa, erkataan yang bertugas sebagai penyambung ayat, frasa, dan perkataan.
Terdapat dua jenis kata hubung, iaitu:
i) Kata Hubung Gabungan ii) Kata Hubung Pancangan
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah perkataan yang berfungsi menggabungkan ayat yang setara, iaitu kedua-dua ayat merupakan ayat utama.
Contoh:
dan atau tetapi
sambil malahan kemudian
lalu serta
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah perkataan yang menghubungkan ayat-ayat yang tidak setara, iaitu satu ayat utama dengan ayat-ayat kecil yang dipancangkan ke dalam induk.
Contoh:
yang bahawa untuk
kerana supaya jikalau
ketika hingga semasa
Jenis Kata Hubung Pancangan
i) Kata Hubung Pancangan Relatif
ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen
iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan
Kata Hubung Pancangan Relatif
Kata hubung pancangan relatif, atau ringkasnya kata relatif, berfungsi menghubungakan ayat utama dengan ayat kecil relatif. Dalam bahasa Melayu, hanya ada satu kata relatif, iaitu yang.
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Kata hubung pancangan komplemen atau kata komplemen menghubungkan ayat kecil komplemen (pelengkap ) kepada ayat utama dan ayat induk. Dua kata komplemen yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah bahawa dan untuk.
Kata Hubung Pancangan Keterangan
Kata hubung pancangan keterangan, atau kata hubung keterangan ayat kecil yang menjadi keterangan kepada ayat utama.
Contoh:
ketika kalau supaya
hingga apabila tatkala
semoga sekiranya walaupun

Monday, 17 March 2014
Imbuhan peN- dan pe-
Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menggunakan awalan peN- di samping awalan pe-
1. pesara - orang yang sudah bersara
penyara - orang yang memberi saraan
2. pesuruh - orang yang disuruh
penyuruh - orang yang menyuruh
3. petugas - orang yang bertugas
penugas - orang yang menugaskan
4. petunjuk - sesuatu yang menunjuk
penunjuk - orang atau alat yang menunjuk
5. petinju - orang yang bertinju
peninju - penumbuk atau genggaman tangan
untuk meninju
6. pekilang - orang yang mempunyai kilang
pengilang - orang yang kerjayanya mengilang
atau bekerja di kilang
7. pesakit - orang yang menghidap sesuatu
jenis penyakit
penyakit - keadaan sakit yang dihidapi oleh seseorang

Sunday, 16 March 2014
Perkataan yang Ditulis Serangkai
Selain 15 kata majmuk yang dikategorikan mantap, terdapat beberapa lagi perkataan yang ditulis serangkai seperti:
1. sukacita
2. dukacita
3. cenderamata
4. peribadi
5. peribahasa
6. perikemanusiaan
7. kepada
8. daripada
9. apabila
10. manakala
11. barangkali
12. kadangkala
13. padahal
14. darihal
15. antidadah
1. sukacita
2. dukacita
3. cenderamata
4. peribadi
5. peribahasa
6. perikemanusiaan
7. kepada
8. daripada
9. apabila
10. manakala
11. barangkali
12. kadangkala
13. padahal
14. darihal
15. antidadah
Pintar Eja (Makanan)
Betulkan ejaan yang biasa digunakan, pastikan anda menggunakan ejaan yang betul...
1. sate
2. mi
3. martabak
4. nanas
5. kuetiau
6. baulu
7. kubis
8. muruku
9. epal
10. telur
11. tauge
12. nyiur
13. tauhu
14. burger
15. nuget
16. fucuk
17. putu mayang
18. sandwic
19. bingka
20. serondeng
1. sate
2. mi
3. martabak
4. nanas
5. kuetiau
6. baulu
7. kubis
8. muruku
9. epal
10. telur
11. tauge
12. nyiur
13. tauhu
14. burger
15. nuget
16. fucuk
17. putu mayang
18. sandwic
19. bingka
20. serondeng
Partikel pun
Perkataan yang ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu:
1. adapun
2. andaipun
3. biarpun
4. kendatipun
5. mahupun
6. sekalipun
7. walaupun
8. ataupun
9. bagaimanapun
10 kalaupun
11. lagipun
12. meskipun
13. sungguhpun
1. adapun
2. andaipun
3. biarpun
4. kendatipun
5. mahupun
6. sekalipun
7. walaupun
8. ataupun
9. bagaimanapun
10 kalaupun
11. lagipun
12. meskipun
13. sungguhpun
Tuesday, 11 March 2014
Monday, 10 March 2014
Sunday, 9 March 2014
Saturday, 8 March 2014
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan, iaitu awalan,akhiran dan apitan.
(a) Dengan awalan
mengambil alih
menemu ramah
ditemu duga
mengulang kaji
bercampur aduk
bersatu padu
ditemu bual
mereka bentuk
(b) Dengan apitan
putar belit --- memutarbelitkan
anak tiri --- dianaktirikan
ibu bapa --- keibubapaan
ramah tamah --- keramahtamahan
surat khabar --- persuratkhabaran
tidak jujur --- ketidakjujuran
salah guna --- penyalahgunaan
(a) Dengan awalan
mengambil alih
menemu ramah
ditemu duga
mengulang kaji
bercampur aduk
bersatu padu
ditemu bual
mereka bentuk
(b) Dengan apitan
putar belit --- memutarbelitkan
anak tiri --- dianaktirikan
ibu bapa --- keibubapaan
ramah tamah --- keramahtamahan
surat khabar --- persuratkhabaran
tidak jujur --- ketidakjujuran
salah guna --- penyalahgunaan
Penggandaan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh digandakan bagi membawa maksud lebih daripada satu. Ada dua cara penggandaan, iaitu pengulangan perkataan yang pertama sahaja atau pengulangan seluruh kata majmuk.
(a) Penggandaan unsur yang pertama sahaja
Jika ejaan kata majmuk itu tidak dirangkaikan, perkataan pertama sahaja yang diulang.
i. anak tiri --- anak-anak tiri
ii. papan tulis --- papan-papan tulis
iii. kain sutera --- kaian-kain sutera
iv. guru pelatih --- guru-guru pelatih
v. kapal selam --- kapal-kapal selam
vi. penolong ketua kelas --- penolong-penolong ketua kelas
vii. Timbalan Menteri --- Timbalan-timbalan Menteri
(b) Penggandaan yang melibatkan seluruh kata majmuk
Jika kata majmuk itu terdiri daripada bentuk yang telah mantap, yakni ejaannya bercantum, maka penggandaannya melibatkan seluruh kata majmuk.
i. warganegara --- warganegara-warganegara
ii. setiausaha --- setiausaha-setiausaha
iii. kakitangan --- kakitangan-kakitangan
iv. mahasiswa --- mahasiswa-mahasiswa
v. suruhanjaya --- suruhanjaya-suruhanjaya
vi. cenderamata --- cenderamata-cenderamata
vii. tandatangan --- tandatangan-tandatangan
viii. jawatankuasa --- jawatankuasa-jawatankuasa

Friday, 7 March 2014
Silap tu sayang...
* semua murid-murid ( X )
* semua pekerja-pekerja ( X )
* pelbagai bunga-bunga ( X )
* belon- belon bergantungan ( X )
* daun-daun berguguran ( X )
* cintakan negara ( X )
* di waktu pagi ( X )
* di akhir pengajaran ( X )
* membuat bising ( X )
* di kalangan ( X )
Sepatutnya:
1. semua murid
2. semua pekerja
3. pelbagai bunga
4. belon bergantungan
5. daun berguguran
6. cinta akan negara
7. pada waktu pagi
8. pada akhir pengajaran
9. berbuat bising
10 dalam kalangan.
* semua pekerja-pekerja ( X )
* pelbagai bunga-bunga ( X )
* belon- belon bergantungan ( X )
* daun-daun berguguran ( X )
* cintakan negara ( X )
* di waktu pagi ( X )
* di akhir pengajaran ( X )
* membuat bising ( X )
* di kalangan ( X )
Sepatutnya:
1. semua murid
2. semua pekerja
3. pelbagai bunga
4. belon bergantungan
5. daun berguguran
6. cinta akan negara
7. pada waktu pagi
8. pada akhir pengajaran
9. berbuat bising
10 dalam kalangan.
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat:
(i) Kata penguat hadapan.
(ii) Kata penguat belakang.
(iii) Kata penguat bebas.
Kata Penguat Hadapan
Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif.
Contohnya:
terlalu
paling
agak
cukup
makin
kurang
Kata Penguat Belakang
Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
Contohnya:
sekali
benar
betul
nian
Kata Penguat Bebas
Perkataan yang letaknya atau kedudukannya bebas, iaitu sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya:
amat, sangat, sungguh
Kata penguat bebas ini boleh menerima perkataan sekali pada bahagian belakang ayat.
Penggunaannya adalah seperti yang berikut:
1. Bangunan itu sangat tinggi sekali.
2. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas sekali.
3. Pemandangan di perbatasan sungguh indah sekali.
* Arief Irfan paling pandai sekali di Kelas 2 Harmoni. ( X )
* Masakan ibu cukup sedap sekali. ( X )
* Buku yang dirujuknya itu kurang sesuai sekali. ( X )

Pintar Eja
1. cincang ( X ) - cencang
2. catit ( X ) - catat
3. lagenda ( X ) - legenda
4. istirehat ( X ) - istirahat
5. lanskap ( X ) - landskap
6. selsema ( X ) - selesema
7. trampil ( X ) - terampil
8. memperolehi ( X ) - memperoleh
9. perabut ( X ) - perabot
10. perihatin ( X ) - prihatin
2. catit ( X ) - catat
3. lagenda ( X ) - legenda
4. istirehat ( X ) - istirahat
5. lanskap ( X ) - landskap
6. selsema ( X ) - selesema
7. trampil ( X ) - terampil
8. memperolehi ( X ) - memperoleh
9. perabut ( X ) - perabot
10. perihatin ( X ) - prihatin
Bentuk Kata dan Golongan Kata
Bentuk Kata
Kata Tunggal
Kata Terbitan
Kata Majmuk
Kata Ganda
Golongan Kata
Kata Nama
Kata Kerja
Kata Adjektif
Kata Tugas
Formula Imbuhan Awalan meN-
1. Imbuhan awalan meN- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan
huruf-huruf:
me- m, n, ny, ng, r, w
2. meN- menjadi mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f, p dan v., dan gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
mem- b, p, f
3. meN- menjadi men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf:
men- c, d, j, t, z
4. meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf:
meng- a, e, i, o, u, g, h, k
5. meN- menjadi meny- digabungkan dengan kata dasar yang bermula huruf s.
meny- s
6. Awalan menge- menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman, contohnya:

mengecat, mengebom, mengetin, mengelap, mengekod, mengepos
Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu:
(i) secara persamaan antara subjek dengan predikat, dengan penggunaan kata pemeri ialah,
(ii) secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.
Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:
1. Puan Mira Azieta ialah guru yang peramah dan berdedikasi.
2. Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral para pelajar masa kini.
3. Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.
Kata pemeri adalah pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
1. Kenyataan yang diberikannya itu adalah benar.
2. Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.
3. Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.
Perlu diingat bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja
atau kata kerja.
*adalah diberitahu ( X )
*adalah dimaklumkan ( X )
*adalah diwajibkan ( X )
* adalah disebabkan ( X )
Thursday, 6 March 2014
Meniti hari-hari yang kian pergi...
Khas buat semua rakan guru, ceria mengusaikan tugasan baharu,agar bersemangat macam baru jadi cikgu,usah keliru,marilah kita bersatu padu, bersemangat jitu, mempunyai hala tuju, berserah dan berdoa pada yang SATU, agar dapat menghasilkan produk yang bermutu.
Perlu mengorak transformasi, merealisasi aspirasi,biarpun ada yang sangsi, tapi kita ikat dengan tali tangsi, belitkan dengan belati,sadurkan dengan keluli, agar mereka tidak bermimpi lagi, berpijak di bumi realiti, amanah dengan tugas yg diberi...TETAP TERPAHAT SAMPAI MATI.

Cendekia Berbahasa
Kekeliruan sering berlaku, sama ada perkataan yang ditulis itu dijarakkan atau dirapatkan...
15 perkataan yang diterima sebagai mantap
15 perkataan yang diterima sebagai mantap
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
Asas Karangan
PENULISAN
BAHAGIAN B
|
ASAS KARANGAN
Bagaimanakah untuk mendapatkan isi?
Terdapat dua asas karangan, iaitu cerita dan fakta. Untuk memudahkan anda mencari isi, kenal pasti asas karangan berdasarkan tajuk yang diberi. Gunakan formula seperti di bawah untuk langkah permulaan.
|
Cerita
|
12 – 20
kata kerja atau frasa kerja
|
Fakta
5 Perkara
|
Subscribe to:
Posts (Atom)